Ramai masyarakat di negara kita sekarang sudah tidak mengambil endah kepada orang minta sedekah. Persoalannya, mengapakah mereka meminta sedekah? Adakah mereka malas bekerja semata-mata untuk dapatkan duit? Atau anda berasa orang minta sedekah tidak layak untuk menerima sedekah?
Di negara kita, ramai sangat orang yang minta sedekah. Sehinggakan ramai yang sanggup manyamar untuk dapatkan duit. Adakalanya sehingga berlaku pergaduhan gara-gara dengki kepada peminta sedekah yang lain. Bagi saya, tidak perlulah untuk menyamar untuk manjadi peminta sedekah, sebaliknya bantulah orang yang tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana itulah pertolongan yang baik di sisi Allah.
Sebenarnya, banyak fadilat kita bersedekah, sebab orang yang meminta sedekah juga adalah makhluk Allah. Dia mencari halal dengan meminta duit daripada orang ramai dengan sebab tertentu. Jangan kita berasa kurang duit kita walaupun kita bersedekah kerana Allah telah menyusun setiap perbuatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini.
Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “Jangan
kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat
: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami
kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah,
sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”
Dalam satu lagi hadis meriwayatkan : " Tiada kurang harta dari sedekahnya itu."
Sedekah mempunyai amalan kebaikan yang besar kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa :
"Sedekah adalah sesuatu yang amat besar" (diulanginya sebanyak 3 kali)
Itulah keajaiban sedekah sebenarnya. Rasulullah s.a.w. sangat menekankan kepada sedekah ini. Rasulullah s.a.w. sanggup berkorban untuk tidak makan sebaliknya memberikan makanan kepada orang yang lagi miskin. Besarnya pengorbanan Rasulullah. Allahuakbar..Bila dengar pernyataan ini, saya mahu menangis..Ampunilah aku..Ya Allah...
Oleh itu, bersedekahlah kepada orang yang memerlukan selagi mana kita mampu bersedekah kerana itulah ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.
*Janganlah kita sebagai manusia menjadi bakhil sangat kepada peminta sedekah kerana sebaliknya berilah setakat mana duit yang kita ada. Janganlah kita menengking peminta sedekah walau kita kaya mana sekalipun, hormat kepada ibu bapa mana pun, akhirat kelak ada balasannya.
Hadith meriwayatkan : "Barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat di hari kiamat kelak".
Oleh itu, sedekahlah kepada orang yang memerlukan. Kata ulama, ada 10 kebaikan kita bersedekah iaitu 5 di dunia dan 5 di akhirat :
Kebaikan di dunia :
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang yang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
- Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya
Kebaikan di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangan amalan kebaikan di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga kelak
Semoga amalan bersedekah kita diteruskan di dunia ini. Bagi yang masih belum mulakan lagi, belum terlambat, kerana Allah Maha Adil kepada umatNya.