Khamis, 26 Julai 2012

Tadarus Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ini teringat pula aku kepada tadarus al-Quran yang masih aku amalkan setiap tahun. Aku amat mengambil ketika bertadarus al-Quran sehingga hari ini. Alhamdulillah, setiap tahun aku khatam al-Quran. Aku sangat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberikan aku kehidupan yang sempurna, jauh dari perbuatan maksiat dan memperbaiki diri aku supaya berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Ingatkah anda semua kepada ayat al-Quran dalam surah al-'Alaq (ayat 1-5) yang bermaksud :
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Kita mestilah membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja, bulan-bulan lain pun perlu mengamalkan walaupun sepotong ayat kerana belum tentu lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Kata-kata orang Terengganu, "Dok kira r mung kecik ke besor, mung muda ke tua, mung sihat ke sakit, mung kena baca jugok". Jadi, nikmatilah kehidupan dengan bertadarus al-Quran di bulan Ramadhan yang banyak manfaat dan ganjaran di akhirat kelak.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata : Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata : Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.
(Hadis riwayat Ahmad dan sanad sahih)

Dr. Muhammad Zuhaili menguatkan hujah mengenai tadarus al-Quran di dalam bukunya, Mausu'ah Qadaya Islamiah Mu'asirah berkata :
Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran adalah hidangan Allah yang diturunkanNya kepada hamba-hambaNya untuk dinikmati dan dikecapi.

Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya, diturunkan sakinah dan tama'ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidzi daripada Abi Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Firman Allah s.w.t. dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah s.w.t. berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.

Tuntasnya, perbanyakkanlah membaca al-Quran di bulan Ramadhan semampu yang boleh. Jika tidak mampu, bacalah walau dengan sepotong ayat agar tidak terpesong daripada landasan yang mahu kita tujui iaitu keredhaan Allah s.w.t. dan jannatul firdaus yang kita idami. Wallahuaklam.

tadarus

Ahad, 8 Julai 2012

Aku Mahu Belajar Lagi

Dalam dunia ini, jika rasa kita ini dah sempurna, dah banyak ilmu..Silap besar, sebab ilmu ini tidak akan habis..Ilmu dunia dah belajar, ilmu akhirat mana nak tinggal? Kita solat, mengaji, dengar ceramah, baru hanya sebahagian sahaja. Selebihnya kamu hendaklah muhasabah diri untuk mencari sebanyak mungkin ilmu akhirat untuk menjamin kamu di akhirat kelak.

Memang aku kata ini hanyalah remeh tetapi di akhirat kelak, akan dihisab dan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Di sini, aku ingin menyarankan kepada semua bahawa syariat, ilmu, tawakkal dan berdoa kepada Allah janganlah ditinggalkan dengan sambil lewa. Kita tidak nampak apa yang berlaku pada kita pada masa hadapan. Mungkin sekarang ada yang gembira, dalam gembira timbulnya sifat takbur pada Allah. Hendaklah berhati pada setiap saat supaya tidak terpengaruh dengan godaan syaitan. Mungkin juga ada yang menerima dugaan, tetapi akan datang tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Allah s.w.t. telah mengatur kehidupan kita daripada alam roh sehingga alam akhirat nanti.

Jika rasa kita ada melakukan dosa atas muka bumi ini tidak kira sama ada ia berbentuk rohani dan jasmani, segerakanlah istighfar untuk meminta ampun maaf kepada semua orang. Selain itu, jika ada yang bergaduh atau tidak bertegur sapa, ampunkanlah kesalahannya. Kita ini cuma insan biasa sahaja. Kita nak marah-marah orang pun, kita perlu ingat juga yang kita ini tidak sempurna. Bagi yang melakukan amal maaruf, teruskanlah perjuangan kehidupan sehingga liang lahad.

Untuk diri, aku sentiasa memohon kepadaMu Ya Allah agar aku dilimpahi kesihatan yang baik, amalan yang baik, rezeki yang baik, keluarga yang baik, isteri yang baik dan yang paling umum, sempurnakanlah sebaik mungkin ilmu yang ada dalam dadaku untuk dibawa ke akhirat kelak.

Aku mahu belajar lagi....Ya Allah, tiada yang boleh memberikan kudratku kecuali Engkau Ya Allah. Kurangnya imanku dalam menjalani ibadahMu, suruhanMu, ampunkanlah aku Ya Allah..Sesungguhnya aku tiada upaya melainkanMU Ya Allah...

Aku akan berjuang sehingga nafas aku yang terakhir. Islam agamaku. Aku akan menggerakkan Islam sebagai penggerak utama dunia dan akhirat. 

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Photo: Trying to be better

Selasa, 3 Julai 2012

Pain Again!!

Sakit datang semula... Arghh!!!! Peritnya rasa sakit ini, inilah ujian yang harus ku tempuhi hari-hari...Tangan dan kaki belah kanan kembali sengal semula...Dah 3 hari tahan, ampunilah aku Ya Allah...

Tangan dan kaki adalah kesan dari pelanggaran aku dengan kereta Tiara semasa aku darjah 3 ketika pulang dari sekolah pada waktu petang...Jadi Superman dan Spiderman sekejap masa kena langgar tu...haha...Sakit yang tidak tahan peritnya, dibawa ke hospital Kemaman pada mulanya dengan macam-macam yang berada di tangan dan kakiku..Bila gerakkan kaki, memang rasa lain, dah macam patah dah...aku menangis dan rasa menyesal ketika aku melintas jalan pada masa itu..






2 hari selepas itu, aku dipindahkan ke hospital Kuantan pula dengan rawatan susulan tangan dan kakiku...

Tengok tangan, alhamdulillah..beransur pulih...tengok pula kaki, masih hairan dengan macam-macam andaian dalam fikiranku..Ayahku hanya menjaga sepanjang aku terlantar di hospital..

Hari ke 11 di hospital Kuantan, doktor memanggil ayahku sebentar..Aku mendengar perkataan "patah" ketika bercakap dengan ayahku. Dalam hatiku berkata, "Ya Allah, sekiranya memang betul kakiku patah, aku terima dengan seadanya, dan jika kakiku tidak patah pun, aku tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan."

Tetapi aku mendengar jeritan suara ayahku yang marah secara tiba-tiba. Ayahku berkata, kaki aku tak patah pun, cuma belok sahaja..Doktor tak percaya, doktor terus cek sekali lagi. Rupanya memang tak patah, cuma belok sahaja..Lega dengan pemberian peluang yang kedua olehMu..Aku bersyukur sangat-sangat di atas pemberianMU..

Tetapi yang sedihnya, sampai sekarang aku tidak boleh minum air kelapa dan cocunut shake sebab ia akan mengembalikan semula patah anggotaku ini...Tidak mengapalah, mungkin rezeki tiada di dunia, tetapi rezeki pemberianMU semasa amat aku syukuri dan aku akan menjaga amanah yang diberikan olehMU sehingga akhirat kelak...

Sembuhkanlah sengal tanganku ini...


Ahad, 24 Jun 2012

Ambassador..Great Performance



Program Ambassador yang berlangsung selama 2 hari (22-23 hb Jun 2012) mendapat impak positif terutama dari peserta ambassasor sendiri. Ia juga dihadiri oleh 3 pasukan badan beruniform, Kor Suksis, Palapes dan Wataniah. Walaupun mereka semua adalah peserta yang lasak, tetapi peserta ambassador apa kurang hebatnya..

Hari Pertama (22 Jun 2012)

Pada hari tersebut telah diadakan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Shatar Sabran dari Universiti Putra Malaysia. Pertama aku melihat beliau bertutur, aku berasa yakin kepada beliau kerana speaking beliau cukup power dan mudah difahami. Simple tetapi gempak..

10.00 pagi :
Bermula LDK 1 aku yang disuruh untuk membuat jambatan manusia. Sebelum LDK 1 ini dipersembahkan, kami telah dibahagikan kepada 3 group, dan aku mewakili group 1 dalam ambassador. Semasa membuat jambatan manusia, kawan aku memberikan cadangan untuk membuat jambatan. Kami bekerjasama untuk selesaikan arahan yang diberikan. Setelah membuat keputusan, kumpulan kami dinobatkan juara dalam assignment tersebut.

2.30 petang :
Berlangsung pula LDK 2 yang diarahkan untuk melakukan sketsa dan nyanyian dalam masa kurang 10 minit. Kumpulan kami membuat tajuk mengenai emosi kita dalam lakonan. Ada yang marah, manja, happy, malu, sdih dan berhemah. Aku berlakon sebagai watak manja. Entah la aku nak buat macam mana...Apabila masa aku menunjukkan watak aku di hadapan orang ramai, aku buat la macam budak-budak, apabila aku buat gaya aku, ada la dengar peserta dari Suksis ni bunyi, "Tak manja pun!!"..Lepas daripada itu, aku tak bercakap banyak, aku terus buat gaya manja aku dengan jatuh-jatuh mahu minta duit dan siap guling-guling lagi atas lantai. Reaksi kawan-kawan semua gelak tak tahan tengok aku punya gaya..haha.. Setelah habis semua, diumumkan lagi keputusan, kumpulan aku mendapat tempat kedua..boleh la...

8.30 malam
Berlangsung ceramah PDRM disampaikan oleh Inspektor Khairuddin bin Hamid. Masa ini aku dengar sahaja ceramah yang diberikan. Biasa-biasa sahaja..

Hari Kedua (23 Jun 2012)

Hari tersebut masa ini best sangat-sangat sebab semua peserta terlibat dengan explorace. Aku ingatkan explorace cuma di gong badak, tetapi satu bandar kuala terengganu. Perrhh...memang terbaik, macam The Amazing Asia Terengganu pula....haha...Semuanya ada lima test yang perlu diselesaikan...Test percubaan dikehendaki untuk menyelesaikan puzzle chess...

Test 1 : Buat khidmat komuniti di tempat kerja awam

Masa ini, kami diberikan cabaran untuk buat khidmat komuniti..Aku dengan rela hati membuat kerja di klinik yang terletak berdekatan dengan MYDIN lama...Selain itu, dengan rasa muka tebal, aku telah melakukan jualan durian juga di pasar payang..laku lepas daripada aku hebohkan durian ini..Selonggok RM 20..Selonggok RM 20..haha..

Test 2 : Buat pelan tindakan dan surat cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan di Bukit Puteri

Test 3 : Buat Keropok Lekor di Kg. Losong Hj. Su

Masa ini, memang kaw..sebab apa kaw, sebab kami cuma berjalan dari dataran shahbandar hingga kg. Losong..Amat penat, tetapi sedikit pun tak goyang...Semua memberikan komitmen yang baik. Walaupun sebenarnya memang boleh naik kenderaan awam, tetapi kami nak berjalan sahaja sebab nak merasai bagaimana pengalaman berjalan...haha..

Sampai di kedai keropok, kami solat dahulu..selepas solat, aku terus pergi kedai. Sampai di kedai, aku melihat hairan seorang perempuan beragama Buddha Kristian yang dikenali dengan nama Alice membuat keropok lekor, yang lain tak buat..Lelaki tak ada pula yang mewakili, aku pun buat la..Setelah buat, payah juga rupanya nak buat keropok ini...nampak simple nak hasilnya agak rumit..tetapi aku berjaya juga membuat keropok dalam 7 daripada 25..haha..selebihnya Alice yang buat..memang hebat Alice...

Test 4 : Pergi Masjid Kristal (Memberikan Laporan Mengenai Kerja di Pasar Payang)

Selepas membuat keropok, kami berjalan lagi ke Masjid Kristal untuk memberikan laporan tentang pekerjaan kami di pasar payang tadi...

Test terakhir di Muzium Negeri Terengganu tak sempat sebab masa dah habis...tak pe asrul, yang penting best...

5.30 petang : Mengumumkan Juara Pertandingan

Setelah membuat semua pengiraan dari hari pertama dan dicampur dengan hari kedua, kumpulan aku cuma mendapat tempat ke 5 daripada 8 kumpulan...ok dah tu...Kumpulan satu lagi ambassador mendapat johan dalam pertandingan tersebut..Aku bersorak gembira kerana Suksis, Wataniah, dan Palapes kalah dengan Ambassador...Baru tahu kekuatan fizikal dan mental peserta Ambassador macam mana...hehe...

*Berita gembira, selepas ini ada lagi program Ambassador yang bakal menyusul.. (Tak sabarnya nak pergi Singapore)..Come On Asrul, berikan pointer yang terbaik...Chaiyok!!

(Gambar nanti akan menyusul) :)

Khamis, 21 Jun 2012

Aku Punya Kamu


Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat kau tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah 
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cintaku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisa ku buktikan pada kamu
Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

* Aku sampaikan kata-kata ini kepada ibu dan ayahku yang sangat aku sayangi dan jika ada seseorang yang betul-betul sudi menerima aku seadanya dunia dan akhirat...bukan kerana harta, pangkat, tetapi agama dan Islam..

Jauhkanlah hambamu ini daripada dosa dan maksiat dan berikanlah cinta hakiki kepadaku dengan pengamalan zaman Rasulullah s.a.w. dahulu dengan sebaiknya. AMIN..

Rabu, 20 Jun 2012

16th April 2012, Wish To.........


16 April 2012 menjadi satu lagi kenangan kepadaku apabila ramai kalangan sahabat-sahabat, saudara mara wish birthday kepadaku. Kepada ibu bapaku especially, terima kasih memberikan support yang menggunung kepadaku untuk teruskan kehidupan di dunia ini. Segala nasihat dan tunjuk ajar ilmu dunia dan akhirat akan aku ingat dan hayati dengan sebaiknya..Walaupun memang dah lambat, tetapi sebenarnya hari-hari adalah hari jadi aku sebenarnya..

Wish aku kali tak ada la minta apa-apa dari ibu bapaku, cuma apa yang aku hajatkan insyaAllah untuk aku dan seluruh ummat :

  • Firstly, semoga penyakit ibuku sembuh dan masih sihat walafiat seperti biasa. Begitu juga dengan ayahku dan adik-adikku.
  • InsyaAllah, cuti semester ini aku dah berhajat untuk berbekam kepala apabila cuti nanti. Biasalah, mahu cuba sekali seumur hidup ini. Walaupun pada mulanya ayah tak mengizinkan, tetapi disebabkan bekam adalah baik untuk kesihatan, ayah menerima seadanya.
  • Berazam untuk pergi ke Makkah lepas habis ijazah nanti. Masa ini aku nak bawa satu family aku pergi menunaikan haji dengan hasil duit aku sendiri.
  • Doa-doaku kepada seluruh ummat agar mengabadikan Islam sehingga liang lahad. Walau macam mana dugaan yang mendatang, Allah sentiasa dekat bersama kita.
  • Mahu menjadi seorang yang amanah, siddiq, tabligh dan fatonah kepada seluruh ummat seperti Rasulullah s.a.w. dan ingin mencari ilmu akhirat semampu yang boleh kerana ayahku ada berpesan : Kita hidup atas dunia ini dengan satu kalimah : لا اله إلا الله محمد رسول الله. Kita mati pun dengan kalimah tersebut.
Calon isteri? Em..calon biarkan dulu...Aku mahu belajar lagi...Janji ada rezeki dari Allah dan pahala berterusan dunia dan akhirat. Al-Quran adalah benda yang aku terima dulu pasangan aku daripada duit..Bukan tak mahu duit, tetapi duit bukan untuk segalanya. Agama Allah yang kita amanahkan ini untuk kita jaga daripada rosak..Itu yang penting...

Satu lagi, biarlah ianya atas landasan keredhaan Allah s.w.t. yang hakiki di atas semua perbuatan, tingkah laku yang aku buat. Biarlah orang nak kata apapun, yang penting ikhlas. Akhirnya, berikanlah kemenangan di seluruh dunia dengan kemenangan Islam kerana tiada yang lebih baik selain Islam dan Allah.

Jadikanlah hambamu dan seluruh ummatku ini soleh dan solehah dunia dan akhirat...AMIN

Macleum Melanoma

Adei, rasa sedih sekarang hati aku melihat ibuku terlantar di hospital sekarang. Macam mana la keadaan ibuku ye, aku mahu menjenguknya, tetapi amanah aku mahu tinggal di mana? Berat sungguh musibah yang diberikan..(Asrul, bawa banyak bersabar ye..)

Penyakit Macleum Melanoma adalah satu penyakit kanser ketumbuhan. Tatkala aku, ibu dan ayahku mendengar ibuku kena kanser, aku masih lagi senyum dengan lebar, sebab kanser sepatutnya merebak tetapi ini tidak, cuma bengkak di situ sahaja. Yang paling aku terkejut kanser ibuku itu sudah tahap 4. Aku keluar pergi tandas dan aku menangis sekejap, memang tak tahan..

Aku masuk balik ke bilik doktor dengan muka tersenyum semula..Pabila Dr. Nasser cek semula penyakit ibuku, Dr. itu memberitahu, "I can do it.." Rasa lega sikit di hati aku mendengar keyakinan yang diberikan oleh Dr. Nasser itu. Selepas habis berbicara dengan Dr. Nasser, aku peluk erat ibuku kerana aku tak nak jadi apa-apa lagi kepada ibuku lagi..Biarlah selepas ini aku pula yang menanggung beban ibu dan ayahku, tak terbalas jasa ibu dan ayahku kepada aku dan adik-adikku. Ibuku mengharapkan kepadaku agar berjaya dalam pelajaran tidak kisah la berapa pun dapat, asalkan aku mendapat tauliah daripada ijazah tersebut.

Aku mendapat semangat baru...Nanti aku balas jasa dengan kejayaan aku di ijazah sekarang..Aku akan improve kepada semua masyarakat yang aku bukan lemah dalam apa-apa jua keadaan...

Semoga pembedahan 21 hb Jun 2012 akan berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa yang buruk berlaku..AMIN... I love U, Mama n Abah.. :)


Selasa, 19 Jun 2012

Pembina Semangat

Apabila aku tengok artis ini, alangkah baiknya jika semua orang menutup aurat macam dia (Oki Setiana Dewi). Bagi lelaki, perempuan adalah pembina semangat kepada lelaki untuk support dirinya untuk berjaya. Tiada lelaki yang tidak mahukan yang cantik agama, akhlak dan sebagainya. Senua inginkan. Cuma diri kita ini masih perlu dibaiki lagi. Jangan melihat perempuan hanya sekadar memuaskan nafsu sahaja. Itu sudah lari daripada ajaran sebenar Islam.

Begitu juga dengan perempuan, melihat lelaki bukan sebab handsomenya sahaja, lihatlah dari sudut akhlak, tingkah laku dan lain-lain. Biar tak handsome, biar tak banyak duit, asalkan ada agama mantap. Itu yang menjamin kita di syurga kelak. Hari ini kita tengok, banyak perkara pelik berlaku. Dah macam terbalik dah dunia ini. Tetapi, pemimpin kita mampu untuk melaksanakan semula ajaran Islam sebenar. Buka dengan semberono sahaja.

Jika aku mendapat perempuan seperti ini, alangkah bahagianya hidupku. Ciri-ciri seorang wanita. InsyaAllah, dengan izinNya. Setiap apa yang kita buat, mestilah kembali kepada hakNya.

لا اله إلا الله محمد رسول الله


Kenangan Semester 2 UniSZA

Berat sungguh tanggungjawab yang diberikan kepadaku semester 2 ini..namun kerahan demi kerahan yang aku buat akhirnya membuahkan hasil..Mana tidaknya, hari-hari ada urusan yang harus diselesaikan..Dengan Assignment lagi..macam-macam la...Ni Kenangan Semasa Semester 2 ni..Awesome!!

1) Juara Futsal Piala MPP UniSZA



Masa Kejohanan ini, aku tidak berapa sihat pada hari pertama perlawanan..Kawan-kawan kerah juga la suruh main..Aku main la juga pada waktu petang..Aku sebagai goalkeeper, menjaga gawang daripada dibolos...Namun setelah lawan di suku akhir, team kami berjaya ke separuh akhir...Hari kedua, aku bermain dengan penuh semangat sampai terpekik-pekik main..Hasilnya kemenangan 2-0 pada separuh akhir dan perlawanan akhir menang 3-0..Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi, gawang yang aku tak reti nak jaga tak bolos langsung...Yang tidak boleh tahannya nak gelak, team kami berjaya mengalahkan team dari UniSZA (futsal)..Syabas ASRUL... (boleh la ganti ayahku jaga goalkeeper nanti..hehe)

2) Juara Sketsa Arab (Minggu Bahasa Arab)

Nampak tak asrul sedang bermekap lagi? hehe..

Minggu Bahasa Arab adalah minggu yang paling gembira buat aku dan kawan-kawan..Tajuknya mengenai orang-orang Barat masuk Islam (Cat Steven, Maurice Bucaille & Mike Tyson). Lakonan aku sebagai Cat Steven (Yusuf Islam). Kumpulan kami hanya explore semula dialog yang diberikan dalam modul bahasa arab...Semasa lakonan di kelas, kumpulan kami banyak tengok teks dan kami tidak mengharapkan kemenangan langsung, cuma sekadar melaksanakan tugas yang diberikan kepada pensyarah kami. Namun, setelah diumumkan kemenangan, kumpulan kami melonjak gembira. Kawan-kawan aku cakap yang lakonan aku membawa kepada kemenangan. Aku bertanya pada hati, bila masa aku berlakon dengan baik. Bila terfikir balik, mungkin ada betulnya..Sebab dalam lakonan tu Cat Steven boleh marah..marah sebab nak feeling, bukan betul-betul, haha...Alhamdulillah, rezeki yang sangat aku syukuri sehingga sekarang..

3) Juara Kejohanan Badminton Terbuka UniSZA

Ni pialaku dengan reguku...

Rezeki semakin dilimpahkan kepadaku...Juara badminton pula...1 Jun baru aku dengan reguku bermain untuk kejohanan tersebut...Hari tersebut aku baru bangun tidur setelah solat subuh..Bila bangun, sakit badan yang teramat sangat...Tapi nak main punya pasal, dengan semangat membara, aku bermain juga..Masa pertandingan itu, aku tidak banyak mengasak sangat berbanding reguku..Regu kami melangkah ke peringkat final dan sekaligus melengkapkan hatrik kejuaraaan kami yang hasil usaha sendiri..Regu kami membawa kemenangan straight set untuk menundukkan lawan... Thank you reguku (Muhammad Rafsanjani..next time kita regu lagi..)

4) Program Bersama Orang Asli

Dalam program ini, aku menjadi setiausaha program, banyak juga la kena siapkan surat dalam tengah-tengah belajar tu..sampai tak tidur malam sebab nak siapkan surat...walau apapun, program tersebut berjalan dengan lancar..berlangsung pada 26hb Mei di Kg. Sungai Berua, Kuala Berang. Ni adalah hasil usaha ukhuwah kami dalam menjayakan program tersebut. Program anak orang asli ini best, walaupun orang asli terpinga-pinga tengok kami datang, tetapi anak-anak die pun jadilah.. SUCCESS!!

Next program pula, lawatan akademik, road to sucesss to Penang, naik gunung, dan program anak angkat pula..Kesudahannya, aku akan terus berusaha untuk meningkatkan amalanku kepada diri, keluarga, masyarakat. Bye :)

Perjuangan Belum Selesai


Hai Semua..Lame tak buka blog..Rindu berase...Kesibukan melanda aku untuk meneruskan perjuangan di UniSZA ini, namun alhamdulillah, 18hb Jun telah tamat Final Exam..

Tapi ingatkan aku dah boleh balik, tapi belum boleh balik, Adei...sebab aku mahu laksanakan tanggungjawab yang diberikan amanah kepadaku...Allah, permudahkan segala urusanku pabila aku berada di UniSZA :

20-21 hb : Program Tautan Hati (Bersama Pelajar Semester 1)
21 hb : Lawat Ibuku di Hospital Kuantan..
22-23 hb : Program Ambassador
26-29 hb : Trip ke Perak
30 hb : Match Badminton dengan UKM & Program Sukarelawan
7 Julai : Match Boling Rakan Muda UniSZA

Aku harapkan tanggungjawabku untuk menjadi seorang insan yang terbaik di sisi Allah terlaksana. Aku mahu menggapai kata-kata ayahku...

Ayah : Jadilah orang yang bersederhana dalam apa jua keadaan... Sesungguhnya ia adalah manfaat yang besar di akhirat kelak..

Aku terbayang maksud di sebalik ayat itu..aku memahami dan aku akan teruskan perjuanganku, pahalaku dunia dan akhirat..

Ahad, 8 April 2012

Kriteria Memilih Pemimpin



Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 135 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu...."

Ayat di atas mengulaskan bahawa pemimpin mestilah seorang yang menegakkan keadilan di samping menggunakan kebenaran di jalan Allah s.w.t. yang Maha Besar atas segala sesuatu.

Kriteria pemilihan seorang pemimpin bukanlah suatu pemilihan yang mudah. Ia memerlukan ketelitian, pengaruh dan hebatnya ilmu seseorang yang dinamakan pemimpin. Bukan main hentam keremo je...Ramai pemimpin tidak kiralah sama ada di sekolah ataupun persatuan dan kelab ramai yang memilih orang yang pandai dalam pelajaran sebaliknya kurang dalam kemahiran. Ada juga yang mengkhianati sesama kawan sendiri. Bila ditanya, kenapa tidak mahu jadi pemimpin? Ramai yang menjawab, aku tak banyak ilmu macam korang...Korang lain la, banyak ilmu, pandai pulak tu..

Pemimpin boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. Bukan hanya untuk ilmu sahaja. Ilmu yang kita belajar tidak akan habis ibarat seluas lautan yang tiada dapat mencari penghujungnya. Besarnya fadilat ilmu pada kita. Dalam soal pemimpin, apa yang kita rancangkan pun tidak semestinya memuaskan hati orang lain. Ada yang kritik, mengumpat dan lain-lain. Kesemua itu adalah ujian Allah s.w.t. kepada kita. Mengapa ramai yang tidak mahu jadi pemimpin? Kebanyakan tak tahan mental, jika ada orang mengumpat sikit dah marah-marah.

Orang yang mengumpat pun satu hal, mengumpat ini boleh dalam keadaan tertentu sahaja sama ada pemimpin itu zalim dan sebagainya yang boleh menjatuhkan maruah orang lain juga. Jika orang yang kita mengumpat adalah pemimpin yang tidak zalim, macam mana pula tu? Kan boleh dosa percuma je kan...Jadi, tidak usahlah mengumpat kepada pemimpin yang betul-betul menegakkan keadilan. Kita kena berfikir juga secara rasional mengapa pemimpin ini melakukan hal sedemikian bercanggah dengan pendapat kita.

Oleh itu, kriteria seorang pemimpin amat penting diperlukan untuk berusaha mencapai apa yang diinginkan khususnya untuk Islam dan negara kita. Untuk menjadi pemimpin, Islam sudah menggariskan panduan kepada kita :
  • Ahlusy Syahadah (orang yang boleh dijadikan saksi)
  • Berupaya memimpin. Dia hendaklah berjiwa pemimpin, cekal dan berani melaksanakan perkara yang benar.
  • Memberi penuh perhatian terhadap keselamatan rakyat dan sanggup membuat peraturan untuk kemaslahatan mereka,
  • Berilmu pengetahuan supaya apa yang akan diputuskan atau dilaksanakan tidak bercanggah dengan ajaran al-Quran, hadis, ijma' dan qiyas.
Jika ada kriteria ini, insyaAllah akan sempurnalah jiwa seorang pemimpin. Boleh diajar cara-cara untuk memimpin, banyak lagi boleh kita lakukan. Jangan takut untuk memimpin, biar kita bertanggungjawab. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan mengendahkan masalah yang dihadapi dengan membiarkan sahaja masalah itu berlaku. Kerana itulah yang boleh dibandingkan oleh masyarakat luar akan kepercayaan kita dalam kita bekerja kelak terutamanya orang yang masih belajar. Jadi, sebagai manusia kita boleh latih diri untuk jadi pemimpin. Jika tidak boleh jadi pemimpin tertinggi, tidak mengapa. Jadi pemimpin untuk keluarga sudah cukup.

Akhir kata, saya akhiri dengan ayat al-Quran iaitu Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas ayat 26 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya".

واللهُ أعلمُ

Untuk Diri Kita Sendiri : Sedekahlah Walaupun Sedikit


Ramai masyarakat di negara kita sekarang sudah tidak mengambil endah kepada orang minta sedekah. Persoalannya, mengapakah mereka meminta sedekah? Adakah mereka malas bekerja semata-mata untuk dapatkan duit? Atau anda berasa orang minta sedekah tidak layak untuk menerima sedekah?

Di negara kita, ramai sangat orang yang minta sedekah. Sehinggakan ramai yang sanggup manyamar untuk dapatkan duit. Adakalanya sehingga berlaku pergaduhan gara-gara dengki kepada peminta sedekah yang lain. Bagi saya, tidak perlulah untuk menyamar untuk manjadi peminta sedekah, sebaliknya bantulah orang yang tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana itulah pertolongan yang baik di sisi Allah.

Sebenarnya, banyak fadilat kita bersedekah, sebab orang yang meminta sedekah juga adalah makhluk Allah. Dia mencari halal dengan meminta duit daripada orang ramai dengan sebab tertentu. Jangan kita berasa kurang duit kita walaupun kita bersedekah kerana Allah telah menyusun setiap perbuatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini. 

Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

Dalam satu lagi hadis meriwayatkan : " Tiada kurang harta dari sedekahnya itu."

Sedekah mempunyai amalan kebaikan yang besar kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa : 

"Sedekah adalah sesuatu yang amat besar" (diulanginya sebanyak 3 kali)

Itulah keajaiban sedekah sebenarnya. Rasulullah s.a.w. sangat menekankan kepada sedekah ini. Rasulullah s.a.w. sanggup berkorban untuk tidak makan sebaliknya memberikan makanan kepada orang yang lagi miskin. Besarnya pengorbanan Rasulullah. Allahuakbar..Bila dengar pernyataan ini, saya mahu menangis..Ampunilah aku..Ya Allah...

Oleh itu, bersedekahlah kepada orang yang memerlukan selagi mana kita mampu bersedekah kerana itulah ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

*Janganlah kita sebagai manusia menjadi bakhil sangat kepada peminta sedekah kerana sebaliknya berilah setakat mana duit yang kita ada. Janganlah kita menengking peminta sedekah walau kita kaya mana sekalipun, hormat kepada ibu bapa mana pun, akhirat kelak ada balasannya.

Hadith meriwayatkan : "Barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat di hari kiamat kelak". 

Oleh itu, sedekahlah kepada orang yang memerlukan. Kata ulama, ada 10 kebaikan kita bersedekah iaitu 5 di dunia dan 5 di akhirat :

Kebaikan di dunia :
  • Mencucikan hartanya
  • Mencucikan badannya
  • Menolak bala dan penyakit
  • Menggembirakan orang yang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya

Kebaikan di akhirat :
  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangan amalan kebaikan di akhirat
  • Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
  • Bertambah darjatnya di dalam syurga kelak

Semoga amalan bersedekah kita diteruskan di dunia ini. Bagi yang masih belum mulakan lagi, belum terlambat, kerana Allah Maha Adil kepada umatNya.

Jumaat, 16 Mac 2012

16 Mac : Khas Untuk Ibuku


Sudah sebulan saya tak menulis blog ini. Mana saya pergi? Saya belajar, sibuk..tak tentu hala dibuatnya...Hari ini, saya nak meluangkan sikit bersama blog yang tercinta ini..hehe...

16 Mac, sangat memberikan banyak makna kepada saya. Tambahan lagi, 16 Mac merupakan hari jadi mak saya. Happy Birthday Mom!! Hari ini sajak ini khas buat ibuku sempena hari jadi yang ke-43.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti telifon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut hari perkahwinanku… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telifon pasanganku
Entah bila.. aku nak telifon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



Sajak ini khas buat ibuku. Janji ibu saya yang saya bawakan sekarang masih lagi di hati saya dan saya akan menggunakannya dengan apa cara sekalipun untuk mencapai impian ibu kerana saya mahu lihat ibuku bahagia selalu dan tak nak sedih-sedih lagi...InsyaAllah...Janji akanku kotakan...Biiznillah :)

Selasa, 21 Februari 2012

Kisah Rempit Motor


Perjalanan hidup yang kita hadapi sekarang adalah Allah yang tetapkan. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menjaga diri walau di mana-mana berada agar tidak melakukan dek kesalahan. Setiap manusia mesti mempunyai pengalaman tersendiri sama ada yang baik atau buruk. Macam-macam ragam manusia yang kita tak tahu. Namun, ragam itulah yang memberikan pengalaman dalam hidup sebenarnya.

Kisahku kali ini berkisahkan rempit motor. Pengalaman saya semasa saya berumur 11 tahun dah diajar menaiki motosikal dan sering terjatuh. Ayah sampai marah-marah aku menaiki motosikalnya yang aku telah pakai sekarang ini (Kriss). Asal jatuh je kena repair. Namun, aku tetap berdegil untuk menaiki juga. Satu hari, ayahku dah tak tahan dengan kerenahku yang selalu menaiki motosikal, tiba-tiba ayahku bawa rotan yang nipis memukul ke belakangku. Aku menangis teresak-esak dan tak bawa motosikal lagi. Aku ditemani oleh bapa saudaraku yang masih muda ketika itu. Satu hari, ayah dan ibuku ada hal di bandar jadi aku tinggal bersama bapa saudaraku. Masa itu adalah malam minggu. Bapa saudaraku mengajakku pergi jalan-jalan bersamanya. Aku tanpa berfikir panjang pun ikutlah, dengan membonceng sahaja.

Pada malam itu, aku dibawa ke bandar sekejap bersama-sama bapa saudaraku. Aku duduk la macam biasa. Satu ketika, tiba-tiba bapa saudaraku membawa laju-laju. Wrrooommm3x....Aku dah takut masa tu. Aku tengok meter motor. Alamak!!! 150km/h....Lajunya....Arrrrgghhh...Aku menjerit. Bapa saudaraku tak dengar. Dia terus saja bawa motor itu. Sedang bawa laju tu, ada pula polis datang untuk menahan kami. Aku dah suruh dia berhenti, tetapi lain pula jadinya. Dia mencilok-cilok dengan kereta polis tu...Aku hairan keseorangan. Sampai di bandar, polis terus mengejar kami. Aku dah fikir macam-macam dah. Aku tak mahu ditahan polis.

Tiba-tiba, kereta polis sudah lenyap. Aku menarik lafaz lega sekejap. Aku ingatkan dah selamat, rupanya kereta polis masih mencari-cari lagi kami. Tak sempat nak menyorok. Aku dan bapa saudaraku lari lagi. Tetapi, polis dah mengelilingi kawasan tersebut. Aku tak mampu nak berlari lagi. Aku dah menangis. Bapaku direman sebentar sementara aku pula dibawa ke balai polis. Ayah dan ibuku terus pergi ke balai polis setelah mengetahui kejadian itu. Setelah kejadian itu, aku dan bapa saudaraku dibawa balik ke rumah. Ayahku marah-marah dekat bapa saudaraku yang bawa motor laju sangat. Sementara aku pula, dilarang membawa motor seumur hidup. Aku sedih. Tetapi, aku menerima seadanya. 

Sehingga pada umur 17 tahun, ayahku pujuk semula aku supaya bawa motor. Tetapi, aku tak nak mula-mula. Sebab kisah dahulu menjadi pengajaran buatku. Tetapi, ayahku tak berdiam diri sahaja. Dia terus pujuk aku dengan membeli raket, tetapi aku tak mahu juga. Dua minggu ayahku pujuk aku tetapi tak berjaya. Aku tetap dengan pendirianku. Namun, satu malam aku bermimpi membawa motorsikal ayahku yang aku bawa masa kecil dulu. Aku bawa pergi jalan-jalan. Bila aku sedar pada waktu subuh, ibuku berada di hadapanku. Ibuku gelakkan aku. Aku tanya,'Kenapa ibu?' Ibuku menjawab,'Mengigau ke? Haha..Ibuku ketawa.' Aku jawab, 'Tak ada la, cuma mimpi tadi.' Mak aku bertanya semula,'Mimpi pun sampai boleh terangkat kaki dengan tangan sekali? Hehe..' Aku dah mula rasa malu. Lalu aku ketawa. Ibuku menasihatiku supaya terima motor yang diberikan oleh ayahku kepadaku. Dengan rasa bersyukur, aku menerimanya. Ayahku kembali gembira kerana aku telah menerima.

Ayahku menasihatiku supaya jangan bawa motor laju-laju lagi. Itulah kisahnya. Perjalanan seorang khalifah di muka bumi Allah ini mempunyai pelbagai aneka ragam. Membawa ke seribu pengalaman yang tak pernah aku lalui. Namun, pengalamanku telah mengajarku bahawa pentingnya situasi yang dilalui supaya kita dapat berfikir apa yang baik mahupun yang buruk. Aku hanya insan biasa yang lemah dan tiada kekuatan melainkan Allah s.w.t. yang maha berkuasa di atas segala perkara. Wallahuaklam :)

Isnin, 20 Februari 2012

Cemburu

Perasaan cemburu lahir dengan sendirinya tanpa disedari. Ia berpunca dari pelbagai perkara antaranya kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga kita berbanding pasangan sendiri, atau seorang anak cemburu ketikamana ibu bapa lebih mementingkan adiknya daripada dirinya dan banyak perkara yang boleh membuat kita cemburu. Cemburu sebenarnya boleh menjejaskan hubungan baik yang terjalin antara dua insan, persahabatan dan kekeluargaan. Bukan itu sahaja, malah ia boleh membawa kepada perlakuan yang kasar dan mencederakan orang lain.

Bagaimana timbulnya rasa cemburu ini? Kita sering tidak menyedari apakah yang kita lakukan dan sentiasa merasakan kita betul sahaja berbanding orang lain. Apakah yang orang lain lakukan adalah tidak betul? Ataupun kerana hanya hendak kita sahaja yang menguasai sesuatu perkara tersebut? Kajian telah dibuat di mana masalah peribadi bukanlah punca utama kepada ketaranya perasaan tersebut, namun perasaan yang kurang yakin dan berasa diri tidak dihargai adalah punca ketara seseorang tersebut cemburu. Bagaimana boleh dikatakan begitu? Sebab seringkali orang tersebut biasa lebih bergantung kepada orang lain. Akibatnya emosi akan berlaku pada diri kita kerana kekurangan keyakinan dalam diri kita.

Siapa Lebih Cenderung Cemburu?
Orang yang berkeyakinan dengan diri sendiri jarang menerima sifat cemburu daripada orang lain dan sering berhubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan pula. Tetapi apa kan daya kita. Manusia tidak sempurna. Ada juga sedikit rasa cemburu jika rasa tidak cukup apa yang kita lakukan. Maka sesiapa sahaja yang muncul di depan matanya akan melihat sebagai satu ancaman. Orang yang cemburu itu akan mula mengenakan batasan kepada orang lain, mengenai apa yang mereka boleh buat, di mana mereka boleh pergi dan dengan siapa. Contoh situasi yang berkaitan iaitu mengenai masalah 'Couple'. Ini sering terjadi bahkan berada di mana-mana sahaja. Ada yang ok tu boleh tahan juga. Tetapi jika ada yang cemburu, macam mana? MasyaAllah....jangan sampai ada yang bergaduh antara satu sama lain nanti.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
'Sesungguhnya Allah menciptakan laki-laki dan perempuan untuk berpasangan'

Jika kita menghayati ayat al-Quran, banyak maksud tersirat di sebalik maksudnya. Namun, hari ini kita lihat semakin ramai yang berpasangan dan tidak mengetahui hukum Allah. Semakin kita rapat akan pasangan tersebut, semakin cemburu kepada pasangan sendiri. 

Bagaimana Untuk Tanganinya?
Setiap orang ada rasa cemburu di hati walaupun sedikit. Namun begitu, kita tidak boleh terus berada dalam situasi tersebut, perlulah ada perubahan dalam diri kita sebagai manusia yang dipilih Allah taala. Pertama sekali, kita perlulah belajar mengenali perasaan cemburu dan kesan buruknya ke atas orang lain dalam sesuatu hubungan. Rasa cemburu di hati kita akan menjarakkan lagi hubungan yang terjalin selama ini. Kedua, manusia hendaklah mengubah tingkah laku yang memperlihatkan diri kita adalah seorang yang cemburu dengan hapuskan batasan terhadap pasangan kita dan jalinlah hubungan dengan lebih ramai orang. Akhir sekali, carilah punca masalah dengan membaca dan mengenal pasti pencapaian peribadi dalam hidup. Dengan itu, barulah peroleh penghargaan daripada orang lain. Tetapi, jangan ego pula. Kawal perasaan sombong. Kerana sombong, takbur adalah perkara yang disukai oleh iblis laknatullah.

Muhasabah, istighfar dan selawat ke atas Nabi s.a.w. adalah amalan terbaik yang perlu diamalkan untuk hadapi masalah tersebut daripada terus berlaku. Kesimpulannya, walaupun perkara ini nampak remeh, namun ia sering terjadi dalam diri kita. Nasihat saya kawalkan emosi dalam diri dan lakukan amalan yang disebutkan tadi. 

Akhir kata dari saya, 'Orang yang mengawal emosi akan terus berada dalam keadaan stabil, namun orang yang cemburu seolah-olah terkena serangan jantung dan kematian kardiak tiba-tiba'.

Selasa, 14 Februari 2012

Rahsia Kalimah Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, mesti anda tidak tahu di sebalik kalimah Muhammad. Apakah maksudnya? Ramai yang hanya tahu sekadar panggilan nama sahaja. Tetapi sebenarnya ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Kebesaran Allah taala yang diberikan kepada kita tiada tolok bandingnya agar kita selalu bersyukur dengan penciptaanNya. Sekadar perkongsian kepada umat Islam agar sama-sama kita menghayati rahsia di sebalik ayat yang diberi.

RAHSIA NAMANYA
Sedang saya membelek kitab Syamail Muhammadiyyah, kelihatan seekor labah-labah kecil menari-nari di sekitar kulit buku dan isinya. Ia seperti cuba mengakrabi kitab itu. Saya biarkan saja. Lantas terkenangkan sirah nabawi di era penghijrahan Baginda SAW. Seekor labah-labah yang membantu perjalanan Baginda SAW dan Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
Kitab kedua mengenai sirah Baginda SAW – Asar Rasulullahhi Sollallahu Alaihi Wassalam saya capai dan tekuni.
Tertarik pada perenggan menerangkan makna nama Muhammad Rasulullah. Sedarkah kita, nama Muhammad begitu popular di kalangan umat Islam dahulu sehingga kini? Tentu tak terhitung kiraannya. Malah pangkal pertama nama saya juga adalah Muhammad. Alhamdullillah. Terima kasih Ayahanda Md Rashidi Abas atas nama agung itu.
Sollu Alan Nabi!

Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ramai yang sedar akan keperihalan ini, namun ramai juga yang langsung tidak mengendahkan atau sengaja untuk tidah tahu akan hakikat ini. Tahukah anda rahsianya?
Disebutkan di dalam hadis al-Qudsi “Aku (Allah) bersumpah bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.” (Hadis riwayat al-Hafiz ad-Dhailami r.a di dalam al-Firdaus)
Telah diriwayatkan pula daripada al-Imam al-Azhar as-Syarif Syeikh Soleh al-Azhari di dalam kitabnya bahawa kalimah محمد menurut bahasa arab sebenarnya ada lima huruf iaitu ‘mim’ yang ditasydidkan. Dan lima huruf yang ada dalam kalimah محمد itu sebenarnya adalah ganjil, rahsia dan ada maknanya tanpa manusia sedari. Ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang menyebutnya.
Bertutur al-Imam Busairi r.a:
Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad dan Baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.
Mari kita lihat rahsia disebalik nama Baginda:
1. Kalimah محمد bermakna Rukun Islam yang lima – wajib ke atas umat Islam menurutinya.
  • Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SAW dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.
  • Diwajibkan solat lima waktu.
  • Menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
  • Mengeluarkan zakat.
  • Melaksanakan ibadah haji.
2. Ia mengisyaratkan kepada lima pancaindera yang dimiliki setiap manusia agar mampu memahami dan menghadami ilmu al-Quran, al-Hadis dan segala macam ilmu-ilmu Islam yang lain.
  • Penglihatan melalui mata.
  • Pendengaran melalui dua telinga.
  • Merasai.
  • Menyentuh.
  • Menghidu melalui deria hidung.
3. Nama Baginda محمد menjadi simbolik kepada Khalifah ar-Rasyidin yang lima.
  • Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
  • Saidina Umar al-Khattab.
  • Saidina Usman Affan.
  • Saidina Ali Abu Talib.
  • Saidina Hasan Ali.
4. Membawa makna kepada sesuatu perkara yang tidah diketahui Baginda SAW sendiri (ghaib) melainkan Allah SWT. Ini kerana perkara itu terangkum dalam ilmu Allah SWT yang Maha Luas melainkan diizinNYA. Perkara tersebut ialah:
  • Berlakunya Hari Qiamat.
  • Kandungan dalam rahim ibu.
  • Turunnya hujan.
  • Perkara yang berlaku pada hari esok.
  • Hari kematian seseorang.
5. Kalimah محمد membawa makna kepada anak-anak Saiyyidah Fatimah az-Zahra’ r.anha.
  • Saidina Hasan r.a.
  • Saidina Husain r.a.
  • Sayyidah Zainab r.anha.
  • Sayyidah Ruqayah r.anha.
  • Sayyidah Ummu Kalthum r.anha.
6. Ia membawa maksud kepada lima peristiwa besar yang melibatkan sahabat-sahabat Baginda SAW dan tercatit di dalam sejarah Islam.
  • Ahli Badar.
  • Ahli Uhud.
  • Ahli Baiatur Ridwan.
  • Muhajirin.
  • Ansar.
7. Bahkan kalimah محمد turut membawa makna kepada lima keadaan dan kehidupan Rasulullah SAW.
  • Di era sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.
  • Zaman selepas secara rasminya dilantik menjadi Rasulullah.
  • Keadaan Rasulullah SAW menghadapi jihad dalam peperangan.
  • Kehidupan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah.
  • Kehidupan Rasulullah SAW di alam Barzakh.
8. Makna nama Baginda SAW menggambarkan lima keadaan ketika Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT.
  • Datangnya malaikat menyerupai manusia.
  • Mendengar deringan bunyi loceng.
  • Melalui mimpi.
  • Melalui ilham.
  • Mikraj tanpa wujudnya perantaraan.
9. Seterusnya makna lima nama Rasulullah SAW ialah Baginda SAW terpelihara daripada melakukan perkara-perkara keji dan boleh menyebabkan Baginda SAW difitnah dan dicemar.
  • Akhlak Rasulullah SAW terpelihara sebelum menjadi Rasul.
  • Terpelihara kehidupannya daripada budaya orang Arab jahiliyah ketika zaman itu.
  • Dijaga namanya dalam al-Quran.
  • Dijaga namanya dalam al-Hadis.
  • Terpelihara kehidupannya melalui hukum-hukum Islam.
10. Kalimah محمد membawa kepada lima makna selepas kewafatan Baginda SAW, iaitu perpindahan ke alam lain.
  • Hidupnya Baginda SAW di alam barzakh seperti ruh-ruh para syuhada.
  • Mendengar selawat dan salam dari umatnya.
  • Menjawab salam dari umatnya.
  • Mengetahui siapa di kalangan umatnya yang memberi selawat dan salam.
  • Maqamnya dijadikan taman-taman syurga sehingga ke Hari Qiamat.
11. Ia membawa kepada lima makna akan syafaat Baginda SAW.
  • Memberi syafaat di dunia – umat Muhammad SAW tidak diazab seperti umat-umat sekalian nabi a.s yang terdahulu kerana adanya Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab mereka selagi engkau (Muhammad SAW) berada di antara mereka.”
  • Memberi syafaat di akhirat.
  • Syafaat untuk umatnya yang mempunyai kedudukan disisi Allah SWT seperti ulama’-ulama’, syuhada’, ahli ilmu.
  • Syafaat bagi sesiapa yang menziarahi Baginda SAW.
  • Syafaat daripada Allah Jalla Wa’ala.
12. Dan akhirnya, kalimah محمد membawa makna kepada alam ini.
  • Alam manusia.
  • Alam malaikat.
  • Alam jin.
  • Alam tumbuh-tumbuhan.
  • Alam haiwan.
Mari kita hamparkan wangian selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga menguntum syafaat dan maghfirah Allah Ta’ala. Sollu Alan Nabi!
Wallahhil Azim, sangat bersyukur dikurniakan nama ‘Muhammad’!

Sumber : Asar Rasulullahhi Sallahu Alaihi Wassalam, Ahmad Lutfi Ibn Abdul Wahab al-Linggi.

Maksud Valentine dan Sejarah

 


Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun. 

To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
 Sejarah Valentine’s Day
 Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat Pertama
     Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
     Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
     Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
     Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat Ketiga
     Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat Keempat
     Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya.  Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
     Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Kebejatan Acara Valentine’s Day
     Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
     Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
     Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
     Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
      Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam Ada Cara
     Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
     Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
     Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Penutup
     Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.