Dalam kita menjalani kehidupan seharian, mesti anda tidak tahu di sebalik kalimah Muhammad. Apakah maksudnya? Ramai yang hanya tahu sekadar panggilan nama sahaja. Tetapi sebenarnya ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Kebesaran Allah taala yang diberikan kepada kita tiada tolok bandingnya agar kita selalu bersyukur dengan penciptaanNya. Sekadar perkongsian kepada umat Islam agar sama-sama kita menghayati rahsia di sebalik ayat yang diberi.
RAHSIA NAMANYA
Sedang saya membelek kitab Syamail
Muhammadiyyah, kelihatan seekor labah-labah kecil menari-nari di sekitar
kulit buku dan isinya. Ia seperti cuba mengakrabi kitab itu. Saya
biarkan saja. Lantas terkenangkan sirah nabawi di era penghijrahan
Baginda SAW. Seekor labah-labah yang membantu perjalanan Baginda SAW dan
Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
Kitab kedua mengenai sirah Baginda SAW – Asar Rasulullahhi Sollallahu Alaihi Wassalam saya capai dan tekuni.
Tertarik pada perenggan menerangkan
makna nama Muhammad Rasulullah. Sedarkah kita, nama Muhammad begitu
popular di kalangan umat Islam dahulu sehingga kini? Tentu tak terhitung
kiraannya. Malah pangkal pertama nama saya juga adalah Muhammad.
Alhamdullillah. Terima kasih Ayahanda Md Rashidi Abas atas nama agung
itu.
Sollu Alan Nabi!
Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ramai yang
sedar akan keperihalan ini, namun ramai juga yang langsung tidak
mengendahkan atau sengaja untuk tidah tahu akan hakikat ini. Tahukah
anda rahsianya?
Disebutkan di dalam hadis al-Qudsi “Aku
(Allah) bersumpah bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama
Ahmad dan Muhammad.” (Hadis riwayat al-Hafiz ad-Dhailami r.a di dalam
al-Firdaus)
Telah diriwayatkan pula daripada al-Imam al-Azhar as-Syarif Syeikh Soleh al-Azhari di dalam kitabnya bahawa kalimah محمد menurut bahasa arab sebenarnya ada lima huruf iaitu ‘mim’ yang ditasydidkan. Dan lima huruf yang ada dalam kalimah محمد itu
sebenarnya adalah ganjil, rahsia dan ada maknanya tanpa manusia sedari.
Ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang menyebutnya.
Bertutur al-Imam Busairi r.a:
Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad dan Baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.
Mari kita lihat rahsia disebalik nama Baginda:
1. Kalimah محمد bermakna Rukun Islam yang lima – wajib ke atas umat Islam menurutinya.
- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SAW dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.
- Diwajibkan solat lima waktu.
- Menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
- Mengeluarkan zakat.
- Melaksanakan ibadah haji.
2. Ia mengisyaratkan kepada lima
pancaindera yang dimiliki setiap manusia agar mampu memahami dan
menghadami ilmu al-Quran, al-Hadis dan segala macam ilmu-ilmu Islam yang
lain.
- Penglihatan melalui mata.
- Pendengaran melalui dua telinga.
- Merasai.
- Menyentuh.
- Menghidu melalui deria hidung.
3. Nama Baginda محمد menjadi simbolik kepada Khalifah ar-Rasyidin yang lima.
- Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
- Saidina Umar al-Khattab.
- Saidina Usman Affan.
- Saidina Ali Abu Talib.
- Saidina Hasan Ali.
4. Membawa makna kepada sesuatu perkara
yang tidah diketahui Baginda SAW sendiri (ghaib) melainkan Allah SWT.
Ini kerana perkara itu terangkum dalam ilmu Allah SWT yang Maha Luas
melainkan diizinNYA. Perkara tersebut ialah:
- Berlakunya Hari Qiamat.
- Kandungan dalam rahim ibu.
- Turunnya hujan.
- Perkara yang berlaku pada hari esok.
- Hari kematian seseorang.
5. Kalimah محمد membawa makna kepada anak-anak Saiyyidah Fatimah az-Zahra’ r.anha.
- Saidina Hasan r.a.
- Saidina Husain r.a.
- Sayyidah Zainab r.anha.
- Sayyidah Ruqayah r.anha.
- Sayyidah Ummu Kalthum r.anha.
6. Ia membawa maksud kepada lima
peristiwa besar yang melibatkan sahabat-sahabat Baginda SAW dan tercatit
di dalam sejarah Islam.
- Ahli Badar.
- Ahli Uhud.
- Ahli Baiatur Ridwan.
- Muhajirin.
- Ansar.
7. Bahkan kalimah محمد turut membawa makna kepada lima keadaan dan kehidupan Rasulullah SAW.
- Di era sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.
- Zaman selepas secara rasminya dilantik menjadi Rasulullah.
- Keadaan Rasulullah SAW menghadapi jihad dalam peperangan.
- Kehidupan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah.
- Kehidupan Rasulullah SAW di alam Barzakh.
8. Makna nama Baginda SAW menggambarkan lima keadaan ketika Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT.
- Datangnya malaikat menyerupai manusia.
- Mendengar deringan bunyi loceng.
- Melalui mimpi.
- Melalui ilham.
- Mikraj tanpa wujudnya perantaraan.
9. Seterusnya makna lima nama Rasulullah
SAW ialah Baginda SAW terpelihara daripada melakukan perkara-perkara
keji dan boleh menyebabkan Baginda SAW difitnah dan dicemar.
- Akhlak Rasulullah SAW terpelihara sebelum menjadi Rasul.
- Terpelihara kehidupannya daripada budaya orang Arab jahiliyah ketika zaman itu.
- Dijaga namanya dalam al-Quran.
- Dijaga namanya dalam al-Hadis.
- Terpelihara kehidupannya melalui hukum-hukum Islam.
10. Kalimah محمد membawa kepada lima makna selepas kewafatan Baginda SAW, iaitu perpindahan ke alam lain.
- Hidupnya Baginda SAW di alam barzakh seperti ruh-ruh para syuhada.
- Mendengar selawat dan salam dari umatnya.
- Menjawab salam dari umatnya.
- Mengetahui siapa di kalangan umatnya yang memberi selawat dan salam.
- Maqamnya dijadikan taman-taman syurga sehingga ke Hari Qiamat.
11. Ia membawa kepada lima makna akan syafaat Baginda SAW.
- Memberi syafaat di dunia – umat Muhammad SAW tidak diazab seperti umat-umat sekalian nabi a.s yang terdahulu kerana adanya Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab mereka selagi engkau (Muhammad SAW) berada di antara mereka.”
- Memberi syafaat di akhirat.
- Syafaat untuk umatnya yang mempunyai kedudukan disisi Allah SWT seperti ulama’-ulama’, syuhada’, ahli ilmu.
- Syafaat bagi sesiapa yang menziarahi Baginda SAW.
- Syafaat daripada Allah Jalla Wa’ala.
12. Dan akhirnya, kalimah محمد membawa makna kepada alam ini.
- Alam manusia.
- Alam malaikat.
- Alam jin.
- Alam tumbuh-tumbuhan.
- Alam haiwan.
Mari kita hamparkan wangian selawat ke
atas junjungan Rasulullah SAW. Moga menguntum syafaat dan maghfirah
Allah Ta’ala. Sollu Alan Nabi!
Wallahhil Azim, sangat bersyukur dikurniakan nama ‘Muhammad’!
Sumber : Asar Rasulullahhi Sallahu Alaihi Wassalam, Ahmad Lutfi Ibn Abdul Wahab al-Linggi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan