Selasa, 14 Februari 2012

Gemuruh Jiwa Semangat Membara



Bila bertalu
Rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema
Laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Pertahanan diri perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu dipertingkatkan
Usaha semua perlu dipertingkatkan
Latihan perlulah diperbanyakkan

Seperti peperangan
Jeneral adakan perancangan untuk memimpin ke arah kemenangan
Ikutlah strategi, kaedah dan teknik mereka,
Hormatilah Jeneral supaya mendapat berkat

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak kini ke angkasa
Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpas akan hilang segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segala-galanya
Menyerlah jauh dari yang biasa
Perjuangan manira belum tamat

Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati, sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa, usaha dan tenaga perlu dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah walau apa pun terjadi
Biar putih tulang, jangan putih mata
Segalanya terbukti nanti
Pabila kamu berjaya mendapat kemenangan
Dalam peperiksaanmu
Dalam apa jua keadaan yang kita lakukan

Sedarilah
Biar setakat mana kekuatan kita berusaha jiwa dan raga
Yang Maha Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah...
Rahmah dan petunjuk sentiasa dalam dakapan doaMu
Bersatulah!!
Bangunlah!!
Bangkitlah!!
Berjuanglah!!
Untuk umat Islam...

 

Tiada ulasan: