Sabtu, 11 Februari 2012

Sukan Idolaku


Kenangan masa lalu menjadi bayangan dan perkara yang manis apa yang kita hadapi. Tetapi apa yang kita bayangkan untuk masa hadapan akan berjaya juga ke? Tidak semestinya, kita perlulah ada usaha untuk menggapai apa yang kita mahu. Hari ini saya hendak menceritakan mengenai sukan idolaku. Setiap orang mesti ada sukan yang diminati kerana bersukan adalah salah satu kegiatan yang sihat. Walau macam mana sibuk sekalipun, kena bersukan untuk mengelakkan berlakunya penyakit.

Badminton adalah sukan kegemaranku sejak dari kecil sehingga sekarang. Aku mahu menjadi macam Lee Chong Wei, pemain yang aku amat sanjungi. Tetapi dengan usiaku yang semakin meningkat, tak dapatlah aku bermain untuk skuad negara. Tetapi sekurangnya aku mahu ke peringkat tertinggi walaupun tidak bermain seperti beliau. Mula dari umur 5 tahun aku berkecimpung dalam arena sukan ini, aku kekok untuk bermain. Namun ayahku mengajarku sehingga aku pandai. Aku boleh mewakili sekolah bila umurku 14 tahun. Tahun pertama aku masuk pertandingan, aku main beregu dengan kawanku yang bernama Ridhwan. Tetapi nasib tidak menyebelahiku. Aku kalah. Masa tu aku geram sangat. Namun aku cuba lagi. Juga kalah. Adei...Aku dah pening dan fedup..

16 tahun, aku bermain lagi untuk wakil sekolah. Kali ini, aku main single. Pada tahun itu, sekolahku adalah tuan rumah pertandingan akhir. Tibalah harinya. Sebelum perlawanan, aku dapat tahu daripada jurulatihku yang aku akan berhadapan dengan pemain negeri. Alahai...malangnya aku... Tibalah giliran aku untuk lawannya. Tapi kali ini aku menang. Aku menang tipis. Aku tetap gembira. Setelah menang aku berangan, aku impikan untuk bermain untuk peringkat negeri jika terpilih. Tapi aku tak dipilih. Aku teruskan lagi main badminton waktu umur 17 tahun. Aku usaha lagi sehinggalah aku berjaya bermain untuk mewakili negeri. Aku gembira dengan prestasi aku.

Bermain untuk peringkat negeri adalah kenangan paling manis buat diriku kerana dapat tempat pertama keseluruhan daripada 7 pasukan negeri yang memasuki acara tersebut. Aku main beregu sekali lagi tetapi dengan kawanku yang dikenali dengan Azhar. Sampai sekarang aku masih rapat dengannya. Di kolej, aku tak bermain sangat kerana aku banyak tertumpu pada pelajaran masa tu.

Sehinggalah aku masuk universiti, aku bermain semula dengan partner aku yang lain. Walaupun baru berkenalan, tapi aku seperti dah lama aku kenal dia. Rafsan, dialah partner aku. Aku dengan dia sering bersama bila nak main badminton. Aku nak main single, tapi terlalu ramai yang main single. Jadi, aku berhasrat untuk bermain bersama-sama dia dalam acara beregu. Semoga impianku untuk bermain negeri boleh lagi tercapai.

Bagaimana dengan kawan-kawanku yang lain? Mesti ada hasrat yang kita impikan ye? Semoga dengan impian yang anda kecapi dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Usaha yang berterusan akan datang rezeki daripada Allah s.w.t. kelak.

Tiada ulasan: