Semua orang dalam dunia ini pernah menghadapi kegagalan. Tidak ada yang tidak pernah gagal dalam hidup. Kegagalan berpunca daripada kita sendiri tidak berusaha untuk berikhtiar pada sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Malas, ambil ringan kerja, merupakan alasan setiap manusia yang menemui kegagalan. Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Tetapi bagaimana? Pendapat orang mengatakan :
"Tidak ada sesiapa pun yang terjatuh kerana gunung, sebaliknya batu-batu kecil yang terdapat di atas hanyalah yang membuatkan anda tergelincir dan terjatuh. Lepasi semua batu kerikil yang menghalang laluan anda dan anda akan berjaya merentasi gunung".
Setiap manusia ada keistimewaannya. Begitu juga dengan kita, ada kelebihan. Tetapi, kejayaan yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita buat. Ia memerlukan pengorbanan diri kita. Begitu juga dengan Thomas Edison yang bekerja sebagai penceramah motivasi dan penulis buku. Mari kita menyingkap rahsia kejayaan beliau.
Rahsia pertama beliau ialah perlu menghadapi kegagalan tanpa menganggap diri sendiri sebagai seorang yang gagal sebaliknya kegagalan kita telah menghampiri jalan penyelesaiannya. Rahsia kedua beliau pula adalah jangan menjadi seorang pemikir yang malas. Ramai orang menyerah kalah kerana tidak menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertangguh. Sebaliknya berlaku pada Thomas Edison yang banyak mencuba kaedah-kaedah baru bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan tersebut. Rahsia terakhir pula ialah beliau menggunakan teknik-teknik pemikiran yang proaktif.
Begitulah seorang pendidik mengawal emosinya dengan menghadapi kegagalan. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bijak berfikir yang mana baik dan buruk. Tidak perlu beremosi pada setiap masa. Perlukan kesabaran untuk menghadapi sesuatu kegagalan dalam diri untuk muhasabah sehingga pada matlamat yang dituju. Berdoalah kamu kepada Allah akan diberikan petunjuk / pengajaran kepada orang yang gagal untuk kembali menjadi seorang yang berguna masa akan datang.
InsyaAllah :)
Sumber : Kekuatan Emosi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan