Anda sekarang dapat berjumpa dengan seseorang yang benar-benar sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan itu sahaja, bahkan memilikinya lebih dari satu dalam hidup anda. Namun, apakah pasangan yang kita pilih adalah yang terbaik buat diri anda dan kehidupan anda? Untuk menyakinkan keputusan anda, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibuat :
- Ungkapkan Keinginan & Mengapa Menginginkannya?
Penjelasan anda bukanlah apa yang anda ingin dari cinta, tetapi apa yang diinginkan dalam hidup dengan pasangan anda dengan berpaksikan tujuan dan visi yang jelas. Jika dilakukan hanya sekadar main-main, tiada apa yang boleh dibuat. Maruah, emosi, fizikal akan jadi tidak tentu arah. Kriteria juga perlu dititikberatkan dengan tujuan membantu menghindarkan dari kesukaran pabila terlibat dengan seseorang yang tidak sesuai untuk anda.
- Ukur Romantisme Anda
Tiada manusia yang tidak romantis dalam bibik percintaan ini. Namun, romantis yang halal dibuat iaitu selepas pernikahan seperti ajaran Rasulullah s.a.w. kepada kita semua. Jadi, adakah anda mengetahui apakah itu romantis? Satu kenyataan daripada Robert Billingham memperjelaskan mengenai romantis iaitu refleksi kepercayaan terhadap pasangannya. Bagi wanita, romantisnya mengandungi emosional manakala bagi lelaki romantisnya lebih terarah kepada rasa kasih, sayang, memberi dan melindungi. Namun, tidak ramai lelaki yang melakukan emosi dan kepercayaan dalam romantis rasa kasih sayang dan melindungi orang yang kita sayang tidak sampai tujuan. Kenapa jadi begitu? Kerana lelaki dan wanita memandang romantis dari kaca mata yang berbeza.
- Cintai Diri Sendiri
Sebelum kita mencintai orang lain, perlulah mencintai Allah dan diri sendiri dahulu sebagai penguat iman kita untuk menghadapi percintaNya di akhirat kelak. Setelah itu, barulah anda mencintai orang lain pula. Pepatah lama ada mengatakan : 'Anda tidak akan mampu membahagiakan orang lain hingga anda membahagiakan diri sendiri'. Hal ini bukan hanya membantu pada masa bertemu dengan seseorang yang baru sahaja bahkan juga membantu memulakan hubungan pada masa yang tepat.
- Jadilah Yang Terbaik
Cinta bukan sekadar mencari seseorang yang boleh membuatkan anda bahagia sahaja, namun keserasian dalam sebuah perkenalan menjadikan anda orang yang bahagia dan lebih produktif. Cara yang terbaik menemui cinta sejati adalah dengan memilih seseorang dengan bijak serta memahami dengan jelas mengapa anda memilihnya.
Natijahnya, Islam tidak dikenali dengan istilah percintaan. Namun, Islam menyediakan sebuah proses perkenalan yang menuju kepada pernikahan melalui proses yang seiring iaitu disebut TAARUF.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan