Ahad, 22 Januari 2012

Amanah Itu Berat

Hadith :
Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”
(Riwayat Muslim)
Renungan untuk semua, berdasarkan kepada hadis di atas, pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin Islam yang boleh menjaga diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Pemimpin boleh juga digunakan dalam institusi kekeluargaan sebagai ketua keluarga yang diwakili oleh suami. Antara lain, pemimpin juga seperti pemerintah negara (Perdana Menteri) dan lain-lain. Namun, kita tidak mahu melihat pemimpin hanya sekadar 'seperti pahat dengan penukul' terutamanya terhadap masyarakat. Mereka adalah sebahagian besar kejayaan sesebuah Negara hanya disebabkan seorang pemimpin. Jadi, pemimpin haruslah memberikan komitmen yang sewajarnya agar rakyat terus mendukung pemimpin yang dilantik ke arah yang lebih baik.
Yang paling penting perlu beragama. Kemantapan agama yang ada pada seorang pemimpin menyakinkan lagi anak-anak buah untuk terus berbakti di bawah pimpinannya. Jasmani dan rohani perlulah diseimbangkan, diterapkan dan dilatih oleh seorang pemimpin hatta pemimpin berani menghadapi sebarang cabaran sama ada berbentuk fizikal atau emosi. Kerjasama dalam pengorganisasian perlulah digunakan sebaiknya untuk mengeratkan silatulrahim, bukan bermusuhan, membuat kerja sama-sama, hormat menghormati dan lain-lain. Bukankah ia telah diajar oleh Rasulullah?
Oleh itu, pemimpin perlulah sedar bahawa bekerja sebagai pemimpin bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diselesaikan. Jadilah seperti Rasulullah s.a.w. yang mampu membawa Islam hampir ke seluruh pelusuk dunia. Begitu juga kita. Yang penting, always remember to Allah, kerana Allah jualah yang boleh membantu kita mencapai apa yang diimpikan atau sebaliknya.

Tiada ulasan: