Rabu, 25 Januari 2012

Senyuman Cahaya Nurani

Senyum...

Perkara yang mudah sahaja untuk dilakukan. Tetapi mengapakah ramai manusia yang sukar untuk melafazkan senyuman ini? Sedangkan penjunjung kita Nabi Muhammad s.a.w. telah mengajarkan kita supaya meluluhkan hati dengan senyuman kepada sesiapa sahaja. Kita sebagai manusia mestilah mengikut jejak baginda s.a.w. kerana baginda lebih mengetahui maksud tersirat disebalik amalan ini bahkan ianya menjadi lahan kepada semua manusia untuk melakukan kebaikan. Senyuman juga menjadi penawar hati manusia yang sedang menghadapi masalah atau meredakan orang yang marah. Jadi, tidak perlulah kita takut untuk senyum kepada orang lain, sebaliknya ianya adalah satu sedekah yang mempunyai rahsiaNya. Ya Allah, besarnya kebaikan Dia kepada kita...

Senyum juga adalah suatu ibadah...

Diriwayatkan dengan bersabda : 
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." 
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)


Dalam hadis yang lain, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : 
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.”
(HR Al-Trimidzi)


Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata : 
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


Ia juga berkait rapat dengan ketawa. Jadi, adakah kita mengetahui rahsia di sebalik senyuman ini? Jika ada lagi yang tidak mengetahui, mari saya kongsikan :
  1. Senyum dan ketawa merupakan satu senaman dalaman yang merangsang seluruh tubuh, sistem saraf otak dan hormon-hormon.
  2. Senyum bukan sahaja dapat menceriakan hidup bahkan juga mempengaruhi kesihatan kita di mana senyum dapat memperlahankan aliran darah melalui sinus dan otak.
  3. Senyum juga dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.
  4. Senyum dapat menghilangkan stress seseorang dan mengelakkan tekanan diri dan dicemari dengan penyakit seperti penyakit jantung.
  5. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  6. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
  7. Dalam kajian sains, senyum dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan yang mana ia boleh merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
  8. Senyuman juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi di mana senyum boleh membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Natijahnya, senyum banyak manfaatnya kepada kita. Kita hidup dalam bermasyarakat dengan pelbagai kaum harus senyum kepada semua orang sama ada kita mengenali atau sebaliknya. Tidak rugi. Gunakanlah ia dengan sebaiknya. Pahala senyuman menjadi amalan kebaikan untuk dihisab di akhirat kelak. Dekatkanlah dirimu dengan PenciptaMu.

SMILE ALWAYS :)

Tiada ulasan: