Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi
diberikan kehidupan untuk terus tarbiyah di muka bumi Allah ini. Kepada semua
manusia, mantapkanlah dirimu dengan agama Islam, kerana Islam sahaja yang
sempurna dari semua aspek. Oleh itu, janganlah kamu mensia-siakan peluang kamu
dengan melakukan pekerjaan maksiat sebaliknya lakukanlah ibadat, bertaqwa
kepada Allah agar kamu akan memperolehi kenikmatan di taman Firdausi kelak.
Post saya kali ini akan mengutarakan mengenai teknik belajar yang
berkesan dan pengurusan masa yang betul . Ia sangat berkait rapat dengan masa
dan masa juga tidak akan berdoleh ke belakang lagi jika tidak digunakan dengan
sebaiknya. Bercerita tentang belajar, kebanyakan pelajar-pelajar hanya belajar
sekadar sambil lewa sahaja. Mereka masih lagi tidak mengambil peduli bagaimana
untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran. Tiba nak dekat exam sahaja, mulalah
mencari-cari nota kawan dan sebagainya. Mulakanlah hidup baru pembelajaran anda
dengan menguruskan masa dengan betul. Salah satu cara yang terbaik iaitu dengan
menggunakan istilah ‘Time Management’. Kenapa perlunya istilah tersebut? Apakah
implikasinya terhadap diri saya pabila saya menggunakannya? Nanti saya akan
terangkan. Berikut adalah teknik belajar untuk pelajar-pelajar yang masih
menuntut lagi di IPT. Boleh juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
- Teknik Belajar 5R
1. Recopy [Salin semula]
2. Rework all model 5
x [Buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud
Repeatedly [Lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [Semak
semula]
5. Reasonablenes [Jawapan berpatutan/sebaliknya]
5. Reasonablenes [Jawapan berpatutan/sebaliknya]
- STUV
1. S-sumarize [Ringkaskan
nota penting]
2. T-test your self [Uji diri anda]
3. U-use [Gunakan]
4. V-visualize [Bayangkan
selalu]
- Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak
kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor,
kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi,
warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian
otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita
untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk
menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam,
hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan
pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan
dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan
digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat
perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa
berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran,
semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik
sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari.
Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang
diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap
malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran
sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari
sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari
tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan
dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum
mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
- Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik
belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis
dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di
tengah malam (Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur.
Subuh/pagi. Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas
waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas
waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin
(Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi
(Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke
sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas
(Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas
atau kereta (Ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke
sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal
pagi ke sekolah (Ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu
yang terlewat (Ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (Ke
perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang
(Lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang
(Tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam
bas (Baca kad nota)
18. Masa rehat selepas
makan (Baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas
makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv
(melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
- Masa terpenting dalam pembelajaran iaitu sebelum subuh atau selepas subuh
- Lain-lain masa yang perlu diurus.
1. Masa telefon - Pendekan
perbualan
2. Semasa membantu
ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
3. Masa menunggu doktor
(Ulangkaji kad nota)
4. Masa berjalan di persekitaran
sekolah (Tanya/jawab diri anda)
5. Masa mesyuarat (Ulangkaji
kad nota sebelum mesyuarat)
6. Masa mendengar
radio (Kurangkan masa)
7. Masa menunggu kawan
(Ulangkaji kad nota)
8. Masa pelawat ke
rumah (Jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan
disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.
- 7 Cara Cemerlangkan Otak
1. Positive mental
attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for
the brain.
3. Mental Challenges
for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the
brain.
6. Sleep for the
brain.
7. Meditation &
power brain.
- Amalan peningkatan daya ingatan
1. Faham.
2. Jarakkan/pecahkan
masa belajar.
3. Lafazkan isi
penting dengan cara yang kuat.
4. Percaya pada diri
sendiri.
5. Ulang berkali-kali.
6. Guna kata kunci,
kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7. Ulangkaji semasa
berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8. Bayangkan selalu
(20 peringkat masa cemerlang).
Setelah menguasai teknik pembelajaran, perlulah mengetahui ‘Time
Management’. Bagaimana untuk menggunakannya? Simple sahaja, anda perlu set
dalam minda anda berapa jamkah anda mahu study dalam masa sehari. Terpulang
pada anda. Tetapi masa yang paling baik untuk anda gunakan masa bagi yang
tengah belajar iaitu antara 4 – 5 jam (sehari). Sebagai contoh, anda set dalam
minda anda untuk study lima jam hari ini. Pada waktu pagi, anda sudah
menghabiskan dua jam untuk belajar. Tinggal lagi tiga jam. Anda mahu melakukan
dua jam lagi belajar pada waktu petang dan satu jam pada waktu malam. Tiba-tiba
waktu petang, anda ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, tidak
mengapa anda boleh ‘cover’ balik tiga jam yang berbaki pada waktu malam. Mudah
kan? Jadi, tiada hairanlah di mana ramai pelajar-pelajar sekarang memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi yang belum berjaya,
insyaAllah, teknik ini serba sedikit akan mengajar kamu semua untuk membuktikan
diri anda adalah seorang yang pandai setanding dengan pelajar-pelajar yang lain.
Paling penting, berdoa, tawakkal pada Allah dan hendaklah menerima segala
keputusan dengan redhaNya. Semoga dengan post ini akan mengubah diri kita
menjadi orang yang lebih maju di masa akan datang. Wallahuaklam ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan